Tuesday, January 31, 2012

Kesan Penangguhan (Cost of Procrastination) dalam konteks pelaburan unit amanah



Apabila you'ol terlibat dalam pelaburan, masa dan wang adalah aset you'ol. Kedua-dua aset memainkan peranan yang penting dalam menentukan pulangan mutlak you'ol . Ramai orang suka mengira-gira timing pasaran dan kebanyakan mereka gagal untuk memasukkan pada masa yang tepat. you'ol harus faham okeh! masa dan jumlah wang yang diperlukan adalah berkadar songsang (time values money).


Maksudnya kat disini, jika you'ol ingin mempunyai RM 1 juta pada umur 55 tahun dan ingin melabur sejumlah wang. Lebih awal you'ol mulakan untuk melabur, maka hanya jumlah yang sedikit diperlukan. Namun begitu, sekiranya lebih lewat you'ol mulakan pelaburan maka lebih tinggi jumlah pelaburan yang diperlukan bagi mencapai amaun yang disasarkan.

Oleh itu, adalah penting bagi pelabur yang mahu mengumpul kekayaan untuk memulakan pelaburan seawal mungkin. you'ol memang tak boleh melihat perbezaan yang besar dalam tempoh terdekat tetapi disebabkan oleh kesan kompaun (compounding) dalam tempoh jangka panjang, kadar pulangan membentuk perbezaan yang besar.

Mungkin you'ol mencari masa yang sesuai untuk memulakan pelaburan atau nak jadi agen. Satu-satunya masa yang sesuai "untuk memulakan pelaburan HARI INI. Menangguhkan pelaburan dengan pelbagai alasan hanya akan meningkatkan kos pada jangka masa panjang.

Nota ; Mohd Zarif sentiasa membuka ruang bagi sesiapa sahaja yang ingin keluar dari kepompong kehidupannya kini dan terbang bebas dalam mengejar kekayaan, mengejar impian dan mengejar cita-cita. KLIK SINI


No comments:

Post a Comment