Thursday, February 17, 2011

Market Updates


Kesan Januari dan permulaan tahun arnab bilamana pasaran mula dibuka selepas Chinese New Year dengan high volume di tengah kebimbangan foreign investors bertindak balas dengan kebimbangan kenaikan inflasi.

FBMKLCI ditutup pada 1,531.82 points sebelum CNY dan mendaki sehingga 1544.35 points pada 8 Feb. 2011. Namun pada Khamis, KLCI jatuh 2% dalam masa sehari di 1503.99 points. Market volume adalah high dengan daily average hampir 3 billion shares minggu lepas dibandingkan 1.5 billion shares pada minggu sebelum Chinese New Year.

Aktiviti pengambilan untung dilihat berlaku pada pertengan Januari 2011 bilamana KLCI dilihat struggles to make new highs dalam keadaan relatively higher volume.

Fundamentally, pasaran is lacking fresh leads. Banyak yang kita dengar di pasaran adalah KLCI is going to climb higher kerana pendapat tentang general election window dressing, tetapi tiada concrete catalysts untuk menyokong speculation dalam keadaan pasaran yang overbought. Pasaran di BARAT dilihat climbing higher setiap hari terutamanya di New York dan ianyanya boleh dilihat sebagai bullish kerana pasaran Barat ketinggalan berbanding pasaran Asean yang sudah ke hadapan. Pasaran Asean adalah berada di historical highs berbanding pasaran US yang hanya recovered about 80% daripada ketinggian terakhir pada 2007.

FBMKLCI sedang menguji dan rebounded daripada long term 90-day moving average pada minggu terakhir January. Bagaimanapun, rebound ini tak bertahan lama dan FBMKLCI pulled back dan waktu ini telah pecah di bawah 90-day moving average. Kali terakhir KLCI pecahkan dan berada di bawah level ini adalah pada February dan May tahun lepas. Bila ini berlaku tahun lepas, KLCI akan jatuh about 3 to 4 percent di bawah moving average sebelum ianya akan rebound semula.3 to 4 percent di bawah 90-day moving average semasa adalah di 1,440 dan 1,455 points.

Walaupun berlaku strong pullback semenjak ketinggan terakhir di 1,580 points, umumnya trend masih menaik. Short to long term 30 to 90 day moving averages masih menaik.

Dengan keadaan pasaran yang berubah ini dan spekulasi yang pelbagai, dijangka equity market akan lebih volatile. Short term support level pada 1,500 points akan menjadi critical points yang menentukan kemana arah pasaran sama ada terus menyambung short term up trend rally. Rebound dijangka dalam masa terdekat dan jika index gagal untuk berada di atas 1,500 points level, ianya mungkin memusnahkan harapan KLCI nak buat new high tahun ni. 1,568 points mungkin be the top of the FBMKLCI.

Nota : Memantau perkembangan semasa indeks boleh membantu seorang consultant unit trust mengambil sebarang keputusan perlu untuk memaksimumkan pelaburan unit trust dalam dana syariah unit amanah. Kaedah ini lebih kepada keputusan jangka pendek dalam mengambil peluang menggandakan pulangan pelaburan unit amanah melalui simpanan KWSP daripada akaun 1. Hubungi Mohd Zarif di 019-3405447


No comments:

Post a Comment