Wednesday, January 26, 2011

KLCI market update


1. Stock di Bursa Malaysia berakhir dengan mood yang menurun semalam didorong oleh aktiviti pengambilan untung sempena Chinese New Year lagi 2 minggu dan hari yang pendek untuk trading minggu depan.

2. Walaupun regional market dan world market naik, namun KLCI masih perlahan ke arah penurunan.

3. Chart FBM KLCI membentuk bearish long black candlestick, bergandingan dengan high volume, petunjuk aktiviti liquidy berterusan dari big-players. KLCI berterusan menurun untuk hari ke-5 dan membentuk 50% daripada kenaikan terdahulu (pivot low ; 1474.02 pada 29/11/2010 dan pivot high ; 1576.05 pada 6/01/2011). Jika KLCI berterusan turun, ianya munkin menurun kepada 61.8% penurunan pada 1514 dan 78.6% pada 1496.

4. MACD berterusan turun, petunjuk momentum penurunan.

5. RSI (14) menurun kepada 41.2, petunjuk indeks berubah kepada bearish untuk jangka pendek.

6. Stochastic berterusan turun kepada 22.6, dan menghampiri oversold zone dan some rebound dijangka dalam masa terdekat.

7. Short term trend FBM KLCI sekarang adalah menurun, manakala medium to long term masih uptrend. Index sekarang sudah memecah 30-day moving average (MA) support di 1536 dan juga critical support level di 1528, dan ianya likely to move lower untuk menguji 60-day MA support di 1520. The 60-day MA has been providing good support to the uptrend buat masa ini. Jika ianya tidak bertahan, 1514 dan 1500 will be the next lower targets.

p.s Mohd Zarif berharap FBM KLCI akan rebound pada all time high sekitar 1520 ke 1540. Juga, dalam usaha bekerjasama dengan rakan pelabur percaya adanya strategi yang boleh diguna pakai dalam pelaburan islamic unit trust melalui simpanan KWSP. Berminat berkongsi idea bersama saya? sudilah text saya di 019-3405447

Tuesday, January 25, 2011

Failure to plan, is a “Plan To Fail”

Soalnya, if you do not want to fail, then how do you plan ? How does one plan to succeed ? We know that salah satu ciri orang yang berjaya dalam hidup, especially those yang berjaya pada usia yang lebih awal, do plan their success. Kekadang, memang its purely luck – but honestly berapa orang yang dilahirkan lucky ?

Its easier to take charge of our own life – bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Be the “cause” (penyebab) and not the “effect” (akibat or sentiasa redha dan terima keadaan). I spoke of this in our recent brainstorming session and surely, ada yang tersentak dan kurang senang dengan kenyataan ini. That’s life ! So go get real !

Back to planning. In life there are some sure things that we can plan. One of which, soal simpan dan melabur wang. Nak tahu kenapa orang dolu-dolu kata “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit ?” Buktinya, kalau buat Plan A, atau Plan B atau Plan C anda pasti punye kehidupan yang bebas beban kewangan. Mulakan dari usia yang muda dan biasakan diri anda dengan disiplin kewangan.

Sekiranya melabur dalam pelaburan unit amanah dengan pulangan purata setahun 12% dalam tempoh medium to long-term ie. 3 years or more. The only secret recipe atau ingredient yang akan gerenti sedapkan masakan pelaburan anda adlah – DISIPLIN.. Ianya perkara mudah, melalui standby instruction or direct debit instruction bank-bank.

Cuba Plan A – bulanan RM100

Contoh Kegunaan :

  • Orang yang baru mula bekerja
  • Simpanan plan pelajaran (universiti or kolej) untuk anak-anak yang baru lahir
  • Simpanan ke umrah dalam masa 5 tahun
  • Simpanan deposit beli kereta (10% deposit) or rumah (5% deposit)
  • Simpanan wang hantaran perkahwinan tempoh 5 tahun lagi

Cuba Plan B – bulanan RM500

Contoh Kegunaan :

  • Orang yang baru mula bekerja – eksekutif ke atas
  • Pelan pendidikan universiti luar negara
  • Pelan persaraan bagi yang baru bermula bekerja
  • Pelan mengumpulkan modal perniagaan yang bakal diceburi
  • Pelan pembelian aset bernilai tinggi
  • Pelan haji dalam tempoh 3 tahun

Cuba Plan C – bulanan RM1,000

Contoh Kegunaan :

  • Orang yang baru mula bekerja – eksekutif berpendapatan tinggi (mungkin bekerja luar negara)
  • Pelan dana/tabung pendidikan tinggi untuk beberapa orang anak sekaligus
  • Pelan persaraan tambahan (selain tabungan epf) – mungkin dimulakan selepas mendapat promosi atau kerja baru dengan tangga gaji lumayan
  • Pelan persaraan tambahan, sesudah sejurus selepas menyelesaikan hutang-hutang personal loan or credit card – elok teruskan dengan cashflow telah dibiasakan
  • Pelan Umrah & Haji suami & isteri dalam tempoh 4 tahun

P.s Inilah contoh-contoh pelan kewangan yang boleh dibuat mengikut bajet masing-masing. Soalnya “mahukah anda bertanggungjawab ke atas kewangan anda” atau “hanya rela & redha jadi mangsa keadaan”… So much complaint, too many excuses and tons of mengeluh is not gonna do good. So take action NOW ! Hubungi Mohd Zarif di 019-3405447

Monday, January 24, 2011

Senarai dana islamik boleh-labur menerusi EPF



Senarai di atas merujuk kepada dana islamik unit amanah yang boleh-labur menerusi skim EPF. Senarai ini memperincikan kadar pulangan antara 7 dana islamik unit amanah yang dilihat daripada sudut prestasi dana semenjak FBM KLCI mula mendaki dari mata terendah untuk tahun 2010.

PISSF adalah pilihan saya pada tahun 2010, namun begitu PISSF telah menutup tirainya, tiada notis lagi dari pihak pengurusan bila PISSF akan buka balik. Jadi, dana pilihan seterusnya yang saya jangka mampu memberi pulangan optimum ialah PISTF - reputasi tahun 2010 ialah 19.55%.

PISTF fokus pada mid-cap dan dana panas kini mengalir kepada big caps. Jadi mid cap akan dapat faedah dari dana panas yg tersedia di big caps. We believe if market turning to side-ways, PISTF will benefited.

p.s Mohd Zarif menekankan pemahaman mengapa perlu kita laburkan wang melalui unit trust. Setiap instrumen kewangan punyai kelebihan dan kekurangannya. Memahami objektif pelaburan adalah penting sebelum memulakan pelaburan. Pada Mohd Zarif, hanya yang menghalang seseorang melakukan pelaburan iaitu Purpose & System. Ingin tahu lebih lanjut? hubungi saya di 019-3405447

Friday, January 21, 2011

How to monitor shares, trust funds

YOU should monitor the company you have invested in by tracking its profitability, earnings growth, gearing and dividend payouts.

Read the company’s announcements, shareholders’ circulars, annual and interim reports, and pay particular attention to the closing dates of rights issues, warrant issues, take-overs offers.

Pay attention to corporate earnings, auditor’s report and directors’ interest. Make yourself available to attend annual general meetings to find out how the company is managed and gauge its business prospects.

For collective investment schemes such as unit trust funds, you should monitor their performance (relative to the objectives of the fund), strategy, reporting and portfolios.

In addition, you can ask your unit trust agent for more information, including:

  • Performance of relevant investment markets
  • Level of volatility associated with return
  • Rate of inflation
  • Performance of other similar unit trust funds
  • Strategies employed in recent years.
  • Thursday, January 13, 2011

    OPTIMUMKAN SIMPANAN ANDA

    Seperti yang sedia maklum, bagi yang bekerja pasti mempunyai simpanan KWSP, yang tujuan utamanya adalah untuk simpanan hari tua nanti.

    Masalahnya, apabila ekonomi gawat, pulangan dividen juga menjunam...

    2005 - 5.0%
    2006 - 5.15%
    2007 - 5.8%
    2008 - 4.5%

    Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan kwsp:

    Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk tujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

    "Akaun 1 KWSP"

    Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaran
    amanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir
    satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).

    Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan),
    maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah, boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada pasaran bon.

    "Akaun 2 KWSP"

    Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki
    pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar 7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.5%.

    Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang perlu ditanggung secara keseluruhan.

    Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.

    Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supaya anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orang yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.

    Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN 7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda.

    Rahsia Kebebasan Kewangan di Masa Persaraan

    Salam semua,

    Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa.

    Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang.

    Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.

    Di sini saya membongkar 12 prinsip jutawan yang boleh anda ikut:

    1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

    2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan
    terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

    3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

    4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

    5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba
    untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

    6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.

    7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

    8. Mereka benci berbelanja.

    9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

    10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
    akan lebih berjaya.

    11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

    12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak
    yang boleh.

    p.s Mohd Zarif menyediakan platform untuk kita menggandakan simpanan Akaun 1 EPF kita. Anda yang mempunyai masa untuk membantu mereka menggadakan simpanan mereka, sila hubungi 019-3405447 untuk temujanji