Thursday, January 13, 2011

OPTIMUMKAN SIMPANAN ANDA

Seperti yang sedia maklum, bagi yang bekerja pasti mempunyai simpanan KWSP, yang tujuan utamanya adalah untuk simpanan hari tua nanti.

Masalahnya, apabila ekonomi gawat, pulangan dividen juga menjunam...

2005 - 5.0%
2006 - 5.15%
2007 - 5.8%
2008 - 4.5%

Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan kwsp:

Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk tujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

"Akaun 1 KWSP"

Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaran
amanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir
satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).

Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan),
maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah, boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada pasaran bon.

"Akaun 2 KWSP"

Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki
pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar 7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.5%.

Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang perlu ditanggung secara keseluruhan.

Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.

Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supaya anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orang yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.

Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN 7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda.

No comments:

Post a Comment