Monday, January 23, 2012

Testimoni Pulangan Pelaburan & Cara untuk membaca summary report CAMS

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Pernah tak saudara-saudari bertanya pada diri sendiri, "bila sebenarnya saya nak mula rancang kewangan saya?"

Adakah jawapan ini?

“malaslah…”, “nantilah…”, “banyak lagi nak guna untuk duit ni…”, ataupun “duit tak cukup lagi macam mana nak menyimpan..”,


Saudara-saudari, percayalah, sampai bila-bila pun kita tak akan rancang kewangan kita kalau ada alasan sebegitu.

Setiap hari kita guna wang. Tapi adakah setiap hari kita rancang setiap barang yang kita nak beli tu? Atau main beli je?

Adakah saudara-saudari susun perbelanjaan anda mengikut keperluan? Sekiranya tidak atau belum lagi berbuat demikian, kini tiba masanya untuk saudara-saudari belajar merancang kewangan dan uruskannya dengan bijak.

Kenapa perlu merancang kewangan? saya akan cerita dua sebab utama.

(1) Untuk melawan kadar INFLASI.

Sedar atau tidak bahawa kadar inflasi pada masa sekarang jauh lebih tinggi berbanding 10 tahun dahulu. Kalau kita tengok 10 tahun dulu kadar inflasi 0%.

Tetapi sekarang meningkat kepada 3% hingga ke 3.5%. Ini menunjukkan sebagai pengguna, kita semakin rugi kerana kita semakin hilang kuasa membeli kita berbanding 10 tahun dahulu.

Cuba fikir balik, pada zaman 1970-an, RM1.00 kita mampu beli 4 cawan kopi. Lihat pula sekarang, RM1.00 kita mampu beli separuh cawan saja kopi tadi.

Sedangkan pakar ekonomi bimbang dengan kadar inflasi ni, takkan kita tak bimbang?


2) Untuk pastikan pendapatan yang cukup semasa kita perlukannya.

Saudara-saudari perlu rancang kewangan bukan setakat untuk bulan-bulan terdekat sahaja. Tetapi untuk jangka masa 3, 5, atau 10 tahun akan datang.

Contoh mudah, ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi akan memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi.

Takkan kita nak harap anak-anak kita buat pinjaman (loan) semata-mata. Kita sebagai ibu bapa kena fikir untuk kurangkan bebanan hutang tersebut.

Ok, setakat ini dulu kali ini. Dalam post yang seterusnya, saya akan kongsikan dua lagi sebab kenapa saudara-saudari perlu merancang kewangan.

Saya harap saudara-saudari telah membuat perancangan kewangan yang rapi samada dengan melaburkan simpanan KWSP/ EPF atau cash ke mana-mana dana yang member pulangan yang tinggi daripada simpanan tetap biasa.

Dalam video dibawah saya sertakan testimoni daripada database client saya yang telah invest sejak 1998 dan cara nak baca summary report, kalau anda tengok client ni labur dalam P Ittikal dan lebih kurang 40K dan selepas 13 tahun mendapat pulangan sebanyak 175% bersamaan



No comments:

Post a Comment